free web hosting | website hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
Sejarah Sekolah
Pengasas Sekolah
Riwayat Hidup Datuk Peter Mojuntin.
SEJARAH SEKOLAH
LATAR BELAKANG SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin ini merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak kira-kira 15 km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu, 3 km dari pekan Donggongon, Penampang dan kira-kira 2 km dari lebuhraya Kota Kinabalu -Penampang. Nama sekolah ini mengambil sempena nama mendiang DATUK PETER J. MOJUNTIN ,seorang ahli politik yang ulung di daerah Penampang ini. Pengambilan nama mendiang itu adalah sebagai peringatan dan penghormatan kepada beliau sebagai wakil rakyat Moyog dan ahli parlimen kawasan Penampang. Pengambilan nama beliau juga adalah kerana mengenangkan jasa baik dan sumbangan bakti beliau kepada masyarakat daerah penampang ini khususnya dan rakyat Sabah umumnya.

    Sejarah sekolah ini bermula pada akhir tahun 60an. Idea pertama telah disuarakan oleh mendiang Datuk Peter J. Mojuntin sendiri sebagai pengasas sekolah ini. Cadangan mendiang Datuk Peter J. mojuntin mengenai pembinaan sekolah ini telah mula dibina pada tahun 1975 dan siap menjelang tahun 1978 . Malangnya mendiang telah tidak sempat menyaksikan bangunan sekolah indah ini kerana pada 6 Jun 1976 beliau telah meninggal dunia dalam satu kemalangan udara semasa menjalankan tugas untuk rakyat dan negara.

Sekolah ini telah mula mengambil pelajarnya buat kali pertama nya pada bulan januari 1978 iaitu seramai kira-kira 200 orang dalam 5 buah kelas tingkatan 1 dengan seramai 7 orang guru . Pada masa itu anak didik sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Joseph ,Penampang di bawa pengawasan En. Julie Gala @ Julius Voon sebagai pengetua pertama sekolah ini .

Antara guru pada masa itu :

  1. En.Julius Voon

  2. En. Shaari Darus

  3. En.Mohamod Patan

  4. Lily Lim

  5. Lucilla Yeh

  6. Shirley Ho

  7. Winny Bosi

          Apabila bangunan tetap sekolah ini telah siap maka mereka berpindah ke kampus tetap ini pada bulan oktober 1978 dan pengetua yang pertama di bangunan tetap ini ialah En. Anthony Regis.Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh bekas Menteri Pendidikan Malaysia YB. Dato' Musa Hitam SPMJ.SS pada 27 Febuari 1979. Sejak Tahun 1978 hingga sekarang seramai 9 pengetua silih berganti untuk mentadbir sekolah ini.

Mereka adalah seperti beikut:

  1. En.Julius Julie@ Julius Voon (1 Januari 1987 hingga September 1978)

  2. En. Anthony A.Ragis (Oktober 1978 hingga Disember 1982)

  3. En.Fidelis Ingsing (1 Januari 1983 hingga 15 Febuari 1984)

  4. En.Valin Melan (16 Febuari 1984 hingga bulan Mei 1985)

  5. En.William Pan (Menjalankan tugas sebagai pengetua Jun 1985 hingga bulan Oktober 1985)

  6. En.Dayu Sansalu ( 1 November 1985 hingga 1989)

  7. En.Abdul Manas B.( 1989 hingga 1995)

  8. Puan Normah Gagoh ( 1995 hingga 2001)

  9. Puan Marie Yong Pik Hua (2001 hinggalah sekarang)

Di samping itu presiden PIBAGU sekolah ini sejak ianya ditubuhkan ialah:

  1. YB .Datuk Condrad Mojuntin (1978 hinngga 1984)

  2. YB. En. Ignatius Malanjun (1985 hingga tahun 1986)

  3. YBG. Datuk Jintol Mogunting (1987 hingga 1993)

  4. Ybrs. En.Albert Dulaman @ Abdullah (1993 hingga 1994)

  5. En. Abd. Kadir Bin Nordin [1995]

  6. En. Primus Vinu Jinikol [1996 - 2000]

  7. En. Surahim Bin Assan [2001 - 2002]

          Dari segi taburan pelajarnya ,sekolah ini anak didik dari kawasan Daerah Penampang dan kawasan luar bandar seperti dari Buayan , Terian ,Deringin ,Longkogongan, Kaidun ,Kinarut dan sebagainya. Ibu bapa pelajar kebanyakannya adalah dari keluarga petani dan 95 peratus daripada anak-anak didik sekolah ini adalah dari kalangan suku kaum Kadazan / Dusun. 

           SMK Datuk Peter Mojuntin ini pada mulanya mempunyai 2 bangunan dua tingkat untuk bilik darjah, 2 bangunan dua tingkat untuk asrama putera dan 1 bangunan 2 tingkat untuk asrama puteri , sebuah dewan serbaguna yang boleh menampung kira-kira 1000 pelajar dan sebuah bangunan Seni Perurusan . Di samping itu terdapat juga 4 unit rumah bahagian, satu rumah Pangsa empat tingkat. Selepas itu kemudiannya ditambah lagi 2 bangunan bilik kuliah 3 tingkat dan 2 buah rumah pangsa 4 tingkat untuk kakitangan guru dan sebuah bangunan rumah kerajaan untuk kakitangan bukan guru . 

Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar dari tingkatan peralihan hingga ke tingkatan enam.

   

Kembali ke atas.