free web hosting | website hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
Sejarah Sekolah
Pengasas Sekolah
Riwayat Hidup Datuk Peter Mojuntin.
RIWAYAT HIDUP DATUK PETER MOJUNTIN

Mendiang Datuk Peter J. Mojuntin telah dilahirkan di Kg Hungab, Penampang pada 10 Oktober 1939. Beliau adalah anak ketiga dari keluarga yang miskin. Beliau mendapat pelajaran awal di Sekolah Rendah St. Micheal, Penampang dan berjaya memperolehi Sijil Sekolah Sebarang Laut Cambridge di Sekolah menengah Sacred Heart Tanjung Aru pada tahun 1957. Beliau berkhidmat di situ dari tahun 1958 hingga tahun 1960. Semasa tempoh perkhidmatan beliau di situ, beliau bergiat di dalam pergerakan Pengakap di sekolah tersebut dan dipilih untuk mewakili Daerah Penampang menghadiri Jambori Pengakap Sedunia di Filipina pada tahun 1959.

Setelah beberapa tahun, beliau terpaksa berhenti bekerja sebagai seorang guru dan memperolehi pekerjaan di Koperasi Pembangunan Tanah Jajahan. Semasa di sana, beliau telah dihantar ke Sekolah Outward Bound, Lumut, Kuala Lumpur untuk menjalani Kursus Latihan kepimpinan selama setahun. Beliau telah lulus dengan cemerlangnya. Sekembalinya, beliau telah menjawat jawatan sebagai Kadet Eksekutif. Namun begitu pekerjaan ini tidak berkekalan.

Pada tahun 1962, beliau telah mula bergiat dalam bidang politik, semasa pilihanraya yang pertama kerajaan tempatan, beliau telah terpilih menjadi ahli Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu bagi daerah kawasan Penampang kerana bakatnya sebagai seorang pemimpin. Di samping kebolehan beliau itu, perhubungan rapat beliau dengan Allayarham Tun Fuad Stephen serta pengikut-pengikut mereka telah menubuhkan UNKO dan kemudiannya UPKO.

Pada tahun 1963, beliau telah menjadi orang pertama mewakili Sabah ke perhimpunan UMNO. Beliau juga diberikan penghargaan untuk berucap di perhimpunan tersebut. Tahun 1964 merupakan masa yang istimewa bagi beliau kerana masa itu beliau telah mendirikan rumahtangganya. Pada tahun itu juga, beliau mewakili Sabah ke Perhimpunan Belia Sedunia di Amberst, Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau juga pernah menghadiri konvensyen Parti Demokratik di Atlantic City, Amerika Syarikat sebagai seorang pemerhati. Pada tahun 1965, beliau pula mengambil bahagian di dalam Persidangan Gabungan Antarabangsa Belia Sosialis yang diadakan di Bombay, India. Berhubungan dengan tahun suci 1975, beliau telah menziarahi Rome, Italy.