free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting

PIAGAM PELANGGAN

Selaras dengan visi sekolah untuk mewujudkan tahap kualiti yang gemilang dan berterusan, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan kami iaitu para pelajar, ibu bapa, pihak swasta dan orang awam dengan adil, cepat dan saksama seperti berikut :

  • Membimbing dan mendidik pelajar untuk memperoleh ilmu, kemahiran dan nilai murni yang relevan seperti yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran setiap mata pelajaran dan aktiviti ko-kurilulum.

  • Memberi latihan yang mencukupi kepada para pelajar dalam semua mata pelajaran dan aktiviti ko-kurilulum.

  • Menyemak semua buku latihan dan kerja rumah pelajar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh kutipan.

  • Memproses semua invois bayaran dalam tempoh 10 hari dari tarikh terimaan invois.

  • Menjawab sebarang pertanyaan ibu bapa dan orang awam dalam tempoh seminggu dari tarikh terimaan pertanyaan.

  • Memberi dan memproses segala data atau maklumat yang dikehendaki oleh agensi kerajaan atau swasta dalam tempoh seminggu dari tarikh terimaan permintaan atau sebelum tarikh tutup permintaan.