free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting

Puan Marie Yong Pik Hua Pengetua         SMK Datuk Peter Mojuntin
Penampang, Sabah

          Tahniah saya ucapkan kepada para pelajar S.M.K Datuk Peter Mojuntin yang terlibat secara langsung ataupun tidak secara langsung dalam merealisasikan Halaman Web S.M.K Datuk Peter Mojuntin Penampang.

          Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dalam bidang akademik dan teknologi maklumat haruslah seiring dan sehaluan khususnya dalam dunia yang serba moden ini. Justeru itu, bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan orang ramai menguasai dunia teknologi maklumat ini, kami telah mengambil inisiatif untuk membuat laman web sekolah kami sendiri sejajar dengan prinsip sekolah kami iaitu untuk melahirkan golongan cerdik pandai bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam bidang teknologi maklumat.     

          Dengan adanya laman web ini, sekolah kami akan maju setapak lagi ke hadapan. Oleh itu, seharusnya kita mengambil peluang ini untuk mendalami dan seterusnya menguasai bidang teknologi maklumat ini.

          Sesungguhnya pelajar-pelajarlah yang menerima faedah daripada perkembangan IT dan yang sudah maju ke hadapan .

          Oleh itu,saya berharap kepada para pelajar dan masyarakat amnya supaya berganding bahu mencapai visi negara kita ke wawasan 2020 yang serba canggih dan moden.





Sekian, Terima Kasih.